Thursday 3 January 2013

bicara tanpa suara


Masih tertanya-tanya siapakah pemilik tulang rusukku ini... sekiranya suatu hari nanti aku jatuh cinta,
maka jatuhkanlah cintaku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepadaMU ya ALLAH

ya ALLAH jika dia benar untukku,
tetapkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMU...

sesungguhnya yang halal itu indah...
kerana di situ adanya REDHA ALLAH...

pesanan buat adam...
jangan sesekali bergurau dengan hati seorang perempuan,
mungkin mereka nampak teguh,
namun hakikatnya hati mereka sangat mudah terusik...
jangan terlampau mudah menyentuh jika tidak berniat mahu memetik...

aku hanya ingin mencari cinta sejati yang boleh membawaku ke jalan ilahi,
aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah,
aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang Da'ie,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
aku ingin memberikan cintaku kepada yang halal buatku....

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita padanya. dan khabarkanlah perkara ini kepada ALLAH, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"

Surah an-nahl ayat 1: sesuatu yang ditentukan oleh ALLAH pasti akan datang,maka janganlah kalian minta disegerakan... ALLAH sebaik-baik perancang... just follow the flow.