Tuesday 29 April 2014

Kasih sayang umi

umi...
Engkau satu dalam beribu
Engkau adalah nyawaku..

umi..
aku mohon ampun
kerana selama ini, 
aku sering
meragui kasih sayangmu..
aku sering pertikaikan
sejauh mana sayangmu padaku..

Tapi aku lupa satu perkara
aku berjaya sampai tahap ini
adalah keranamu..
kasih sayangmu tidak ternilai..

umi..
terima kasih..
dengan tanganmu itu,
kau pernah memandikankan aku
suatu ketika dahulu..

dengan tangan itu juga,
kau pernah menyuapkan makanan 
kedalam mulutku..

dan dengan tangan itu juga,
kau akan menyapu air mata 
yang mengalir dipipiku..

malah dengan tangan itu,
kau  sentiasa memelukku 
disaat aku kedinginan

Betapa besarnya kasih sayangmu
Maafkan aku umi...

#angah sayang umi sangat-sangat.

Saturday 19 April 2014

Aku mohon ampun

Andai saja kau tahu apa yang aku rasa...
Aku tak mampu nak luahkan secara berdepan.
kerana engkau bukan seperti orang lain...

Engkau satu dalam seribu..
Egonya engkau,
Angkuhnya engkau,
Sifat tamatnya engkau,
Sifat plastiknya engkau.

Aku penat untuk mengalah,
Aku penat untuk menurut,
Aku penat dengan semuanya.

Aku nak kau tahu,
kalau aku masih ada perasaan 
walaupun sedikit bendul 
*bak kata temanku

Jangan sampai aku lakukan benda yang sama
dengan apa yang kau lakukan..

Tapi,
terima kasih sbb kau seorang yang sangat baik..
aku mohon ampun
jika kau menjadi sedemikian disebabkan aku..

Aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan!

Thursday 3 April 2014

Seindah Sabarmu

Kamu,
adalah rahsia Allah buatku.

aku tidak tahu siapa kamu,
dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup.

aku tidak tahu dimana dan bagaimana
kita akan bertemu.

siapa pun kamu,
aku berdoa,

semoga kau menerimaku dengan seadanya.
mencintai aku seberapa lama yang mampu,

menjaga aku sebagaimana menjaga dirimu,
menyayangi aku seperti menyayangi ibu bapa kamu.

melaksanakan tanggungjawab 
seperti melaksanakan amanah Allah

InsyaAllah, aku akan hidup 
untuk mengisi kekurangan kamu
dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu

akan aku cuba..
dan dengan izin Allah..