Tuesday 31 December 2013

Mengertilah...

Pernahkah anda kaum adam tertanya-tanya mengapa perempuan boleh menangis hanya disebabkan seoarang lelaki?
Mungkin anda menganggap ini adalah perkara yang remeh untuk anda fikirkan.
Kerana memang lumrah, perempuan adalah orang yang sangat mudah untuk mengalirkan air mata.

Namun sedarlah seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudahnya hanya kerana seorang lelaki, tetapi bila dia ssudah mencintai anda, dia sudah mula merendahkan egonya.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
tataplah matanya
renung sedalam-dalamnya...
Apakah anda mampu merasai apa yang dia rasakan?
Apakah anda mampu selami hatinya?

Fikirkanlah...
Apa yang dia dapat dengan menangis di hadapan anda,
menangis kerana anda..

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia inginkan simpati anda.
Dia menangis..
kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menanggung rasa itu
kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum di dalam kepuraan..

Cubalah anda fikir
jika dia menangis kerana anda,
sudah tiba masanya untuk anda fikir di mana silapnya anda
dan hanya anda sahaja yang tahu jawapannya..

Fikirkanlah...
andai suatu hari nanti ianya mungkin sudah telambat untuk anda mengucapkan
'maafkan saya...'

Mengertilah..
Bila dia menangis, 
jangan pernah tinggalkannya keseorangan..
beradalah di sampingnya..
cuba faham apa yang dia rasa..
kerana disaat dia menangis, dia sangat-sangat memerlukan anda disisinya.

Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta bila anda belum benar-benar sedia untuk menjadikan dia yang halal untuk anda.. kerana anda hanya akan membuatkan dia menangis.. 

Fikirkanlah..

Monday 30 December 2013

Bakal Suamiku En Kapal???

Sebelum jari jemari ni menari-nari, boleh x nk gelak dulu?
hahahahahahahahahhahahahahahaha!
fuh lega.. hehe

terima kasih banyak2 buat teman2 yang dikasihi sekalian..
korang memang sahabat terbaik, terima kasih sangat bagi gelaran 'bakal suamiku En Kapal'
tapi sebelum tu nak gtaw korang kalau apa yang korang usik2 tu tak betul & tak akan pernah menjadi kenyataan melainkan dengan izin ALLAH. Sama ada kitaorang ada perasaan antara satu sama lain, sayang, cinta, kasih & seangkatan dengannya, kitaorang tetap tak akan bersama.. Ayahnya adalah wali ak suatu hari nanti.. hubungan kekeluargaan kami tu sangat dekat. Ak harap sangat korang faham, untuk ak jelaskan betul2 kat korang, korang anggap ak sebenarnya suka tapi saja tak nak mengaku, tapi jujur, dia hanya sepupu & sahabat terbaik yang ak pernah ada, yang tak pernah tinggalkan ak walau dalam apa jua keadaan sekalipun.. harap sangat korang tak salah faham dengan hubungan kitaorang. ok?
jadi 'bakal suamiku bukan En Kapal'  hehe...

Saturday 28 December 2013

Hey Idiot! I Love You

Anehnya perasaan
bila rindu tapi tidak tahu pada siapa..

Anehnya perasaan
bila sayang tapi tidak tahu pada siapa..

Anehnya perasaan
bila suka tapi tidak tahu pada siapa..

Anehnya perasaan
bila rasa dekat tapi sebernarnya jauh..

Anehnya perasaan
bila ingin tegur tapi lidah menjadi kelu..

Anehnya perasaan 
bila melihat hati mendoakan 
'Ya ALLAH jagakan dia untukku..'

Hati tertanya-tanya benarkah dia? betul ke dia? hm macam xyakin je..
hehehe boleh x nk ckp sesuatu?

'Hey Idiot! I Love You'

Sunday 22 December 2013

Dear ALLAH,
I want to take a minute,
not to ask for anything from you,
but simply to say thank you,
for all I have...

Thanks...

Saturday 21 December 2013

I set you free,
Because ALLAH ask me to do so
You are not HALAL for me
And I am not sure that you are really the one for me
Just pray.
If we really meant to be together, it will be..


InsyaALLAH..

Friday 22 November 2013

Terima kasih 
pada yang pernah hadir
akhirnya meninggalkan...

Terima kasih
pada yang pernah memberi harapan
akhirnya musnahkan...

Terima kasih
pada yang pernah peduli
akhirnya abaikan...

Terima kasih
pada yang pernah memimpin tanganku
akhirnya melepaskan...

Terima kasih
pada yang pernah singgah dihatiku
akhirnya berlalu pergi...


Saturday 16 November 2013

Baju melayu bertemu baju kurung

Peringatan buat diri dan semua.. 

cuba letakkan seseorang pada tangan kita bukan pada hati, 
kerana apabila ianya terlepas sakit yang dirasakan 
tidaklah terlampau membunuh.. 

yakinlah yang terlepas itu bukanlah yang ditakdirkan untuk kita.. 
kalau tdak di dunia pasti di akhirat nanti.. 

yakinlah ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita..


tinta kasih ana
kita perlu berusaha dengan memperbaiki diri dan doa,
bukan dengan mencari

Friday 11 October 2013

miss you

sometimes, the best memories are sad....
because you know they will never happen again...

miss you... :(




~tinta kasih ana~
terima kasih awk...:)

Friday 4 October 2013

kenapa perempuan suka menangis?

wahai kaum adam..
xperlu persoalkan mengapa perempuan terlampau mudah untuk mengalirkan air mata..
sudah menjadi lumrah perempuan dan air mata tidak boleh di pisahkan...

kadang-kadang perempuan sendiri pun tidak tahu mengapa hendak menangis..
tidak kira saat sedih mahupun gembira sekali pun, air mata tetap jua mengalir..

bila saya mengadu saya rasa nak ngis, itu bukan bermakna saya mengada-ngada
tapi sya cuma nak ada orang temankan saya pada waktu tu..

jaga lah hati perempuan yang ada di sekeliling anda,
ketahuilah hati perempuan sangat mudah tersentuh..

jangan biarkan hati perempuan menangis,

terima kasih pada yang sentiasa ada di saat saya akan berkata 'awk saya rasa nak ngis'
awk xpernah jemu layan karenah saya walaupun hal yang sgt kecil.


                          ~tinta kasih ana~
                saya mengharapkan awk bkn dia
                             fahamlah.. :(

^_^

dalam setiap doa ada satu nama....

kalau benar dia, permudahkanlah segalanya..
namun jika bukan dia luputkan terus dari ingatan...

Tuesday 1 October 2013

Wahai Wanita

Wahai wanita...

jika kamu bertemu dengan lelaki yang
sering mengajakmu keluar..
dia tidak menjaga maruahmu..

jika kamu bertemu dengan lelaki yang
sering mangajakmu bergayut siang malam..
dia tidak menjaga kehormatanmu..

jika kamu bertemu dengan lelaki yang 
leka bersamamu hingga mengabaikan waktu solat...
dia tidak menjaga hubungannya dengan Penciptanya..

wahai wanita..
yakinkah kamu... lelaki ini 
boleh menjaga dirimu??




                                 ~tinta kasih ana~
       jadikan aku yang solehah untuk mendapatkan yang soleh.

Sunday 29 September 2013

Kerana Saya Tidak Cantik

kerana saya tidak cantik...

Alhamdulillah saya tetap harus bersyukur...

Kerana saya tidak cantik, saya harus lebih banyak bersyukur daripada mereka yang dikurniakan wajah yang cantik..

Kerana saya tidak cantik, Alhamdulillah saya dapat membatu mata lelaki agar lebih terjaga...

Kerana saya tidak cantik, saya dapat memelihara diri saya dari pandangan nafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya...

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, saya jadi tidak mengharapkan pujian dari sesiapa pun...

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, pada akhirnya saya menemukan insan yang ikhlas mencintai dan menyanyangi saya apa adanya...

Kerana saya tahu sya tidak cantik pada wajah dan pandangan manusia, maka saya harus belajar dan berusaha agar cantik pada pandangan Tuhanku ALLAH S.W.T...

Kerana bukan kecantikan dunia yang menyelamatkan, tetapi kecantikan akhlak yang akan membawa kita menuju kebahagiaan di akhirat.... InsyaALLAH...



                                                ~tinta kasih ana~
                                   andai kau memilihku kerana rupa, 
                                     nescaya rasa itu akan hilang jua

Saturday 28 September 2013

Betapa sayangnya ALLAH pada kita.

Asslamualaikum... tiba2 terbace satu artikel yang boleh memberi manfaat kepada kita kaum hawa.. 
15 anugerah Maha Pencipta buat kaum hawa... sama-sama la kita berkongsi ilmu ini...


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa     orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”. Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.” 

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya. 

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah). 

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.” 

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.” 

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.” 

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.” 

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.” 

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.” 

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut. 

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. 

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. 


                                         ~tinta kasih ana~ 
                          Ya ALLAH aku ingin menjadi yang solehah... 
                                             bimbinglah aku

Saturday 14 September 2013

^_____^

Thanks for today..
you make me smile..
 i will miss you...



Friday 13 September 2013

Hargai selagi masih ada.

Terkadang kita perlu berjauh hati dan menjarakkan diri daripada seseorang itu, untuk melihat siapakah yang benar-benar peduli dan siapa yang hanya memerlukan kita di saat dia perlukan pertolongan... 
Dia yang baik adalah dia yang ada di saat susah mahupun senang...

akan ada suatu saat nanti awk akan merindui saya 
dan saya telah pun melupakan awk.. 


Friday 14 June 2013

Hari penghulu segala hari

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali..  

semoga arwah ditempatkan dalam 
kalangan orang-orang yang beriman. 

Jumaat 14/6/13

Tuesday 11 June 2013

Kehilangan???

kehilangan, mungkinkah?
mungkinkah aku akan khlangan sekali lagi orang aku sayang?

duhai hati, ingat kembali
hadiah-hadiah yang kita perolehi
dari Allah....
bukalah mata luas-luas...
semuanya milik DIA...
tidak ada satu pun yang kita punya...
semuanya pinjaman dariNYA &
bila-bila masa DIA boley mengambilnya kembali...
& engkau adalah pinjaman dariNya 
yang harus aku kembalikan!


Saturday 1 June 2013

Lepaskan ia pergi...

Mencintai seseorang itu adalah hak kita..
namun memiliki seseorang yang kita cintai
tanpa ikatan yang sah dan halal itu
bukan hak kita....

Lepaskan ia pergi....

Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang
belum berhak kita miliki....
Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.

Jangan pernah takut untuk kehilangan sesuatu yang bukan hak kita.




Friday 31 May 2013

Saat kau telantar

Saat melihat kau terlantar
pilu menggetar pelantar hatiku.

Saat melihat kolam matamu
hatiku bergenang beban nafasmu.

Saat kau menelan duka
hatiku turut meratap hiba.

Saat mata kau hampir terejam
denyut nadiku turut bungkam.

Saat kau mengalirkan air mata
hanya Allah sahaja yang tahu
betapa remuk hatiku.

Saat kau melepaskan pautanmu
aku menjadi semakin lemah.

Saat kau disemadi.
aku hampir rebah ke bumi.

Ya Allah, kuatkah aku melawan takdir-Mu?
sedangkan aku jua dalam genggamanMu?


Pandanglah aku

Saat mata kau hampir tertutup
pandanglah aku walau cuma seketika
andai lihatmu ini
jadi pandangan yang terakhirmu.

Ku mohon Tuhan,
andai detik itu mampu berulang
aku rindu pada renungan matanya yang sayu
setelah detik itu menjadi yang terakhir buatku.

Setelah mata itu tertutup
walau jernih ini masih menitis,
ia tidak lagi mengalir ke muara duka.
Abah.. tidurlah engkau dengan tenang.

Biarlah kepahitan itu pergi
biarlah kekecewaan itu berlalu
biarlah kegelisahan itu lenyap
biarlah penderitaan masih menyapa
pandangan terakhirnya itu
menjadi azimat mengisi sudut hati yang rindu
menjana kekuatan penuh reda.

Tuesday 30 April 2013

Segaris Bahagia

Mencari sinar kebahagiaan 
aku… di sini tercari-cari 
ke sana-sini. 

Sesungguhnya sinar kebahagiaan itu 
dirampas dengan kejamnya 
dari genggamanku. 

Aku rindu akan gelak ketawa 
aku rindu saat kita bersama 
kini hilang di bawa 
badai masa. 

Andai saja aku dapat meminta 
Ya Allah, berilah aku peluang 
pulang ke detik lalu 
untukku catat 
setiap jasanya 
ke album kenangan. 

Sesungguhnya aku bukanlah 
seorang insan yang berpekerti 
kerana sering menyusahkan hatinya 
melukai hati 
dan mengalirkan air matanya. 

Mahu aku membalas jasanya 
Allah telah menitahkan takdir-Nya! 
Adakah kerana aku tidak bersyukur 
sesudah dipinjamkan hati terindah itu. 

Abah… maafkan anakmu 
engkau adalah pinjaman-Nya 
yang harus aku kembalikan!

Saturday 20 April 2013

suka & sayang

suka & sayang? 
adakah membawa mksud yang sama? 
hm keliru aku dengan perasaan nie. 
memang aku suka tapi kalau sayang aku xtaw.. 

tapi bak kata UIA: 
kalau suka xsemestinya bercinta, 
kalau bercinta xsemestinya ada jodoh, 
kalau ada jodoh xakan ke mana.
 
bila kita suka: 
-rasa malu bila bercakap dengannya. 
-sentiasa ingat dia. 
-hapy bila bercakap dengannya. 

bila kita sayang: 
-kita akan terima dia seadanya. 
-kita akan sentiasa inginkan dia selamat. 
-kita akan sentiasa ingin disisinya saat
dia memerlukan sokongan & semangat.  

btul ke? 
tapi ak masih lagi tercari2 apa itu sayang. 

saya harap awak sabar, 
namun andai satu saat 9t kita memang xde jodoh, 
saya harap awak masih lagi sudi menjadi sahabat saya... 

 ~awak, sebenarnya saya takut untuk bermain dengan perasaan, 
   saya tkut bila saya da mula sayang 9t, awak akan tinggal sya.
   saya minta maaf.~

              

Friday 5 April 2013

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar
 kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


p/s setitis demi setitis air mata yang gugur xkan mampu 
      mengembalikan insan semulia abah..
      trima ksih abah sbb sentiasa penuhi apa je y angah nak.. 
      angah minta maaf seumr hidup abah angah            
      xpnh skali pn senangkan hati abah..  
      angah sayang abah sgt2...
      Ya ALLAH tempatkanlah abah 
      dalam kalangan org2 y beriman...
      smga kita bertemu di syurga ALLAH 9t...

Friday 15 March 2013

~Duhai Hati~

duhai hati bersabarlah....
bersabarlah dengan cubaan hidup di dunia ini..
bersabar dan bersabarlah
duhai hati...

namun tidak semudah itu untuk aku bersabar..
mampukah aku bersabar andai hatiku sering di guris?
mampukah aku bersabar tatkala rasa hatiku  sering di ketepikan?
& mampukah lagi aku bersabar untuk mengikut kehendak hatimu?

wahai teman, mengertilah, 
aku hanya insan biasa...
yang tak mungkin akan sentiasa mengikut kehendak hatimu...

diamku bukan bermaksud aku tunduk denganmu,
diamku bukan bermaksud aku takut padamu,
tapi diamku kerana aku sayangkan persahabat ini..
persahabatan yang baru saja terjalin..

namun, sabarku ini ada batasnya juga teman..
aku juga ada perasaan marah itu..
jangan kau uji lagi kesabaranku....

hatiku menangis keranamu teman...



Sunday 10 March 2013

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
pimpinlah aku menuju redhaNya
bukan membuka jalan untukku
melangkah ke neraka..

jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hatimu,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa,harta & kelebihanku
pandang lah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu,
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku..

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu
hentikanlah madah2 trindahmu untukku
sehingga saat halal itu berlaku..

jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hatimu,
aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
kepada yang menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah
agar kita akan menemukan insan yang tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara..

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
ketahuilah,
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tapi aku minta,
jadikan aku suri y bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan
untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya

jika kau pilih aku
dan jika ALLAH mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah ia,
aku akan memilihmu keranaNya.

saat itu ialah apabila aku tahu
kenapa kau memilih aku...

jawapannya ialah 'kau memilih aku kerana Dia'


Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.

c&p


Tuesday 26 February 2013

DOA SOLAT SUNAT DUHA

Ya ALLAH, 
Sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, 
kecantikkannya kecantikkanMu, 
keindahannya keindahanMu, 
kekuatannya kekuatanMu, 
keluasaannya keluasaanMu, 

Ya ALLAH, 
 jika rezeki masih di langit turunkanlah, 
jika di bumi keluarkanlah, 
jika sukar mudahkanlah, 
jika haram sucikanlah, 
jika jauh dekatkanlah. 

Berkat waktu duha, 
kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaannya, 
limpahkanlah kepadaku segala yang telah engkau 
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...



Thursday 3 January 2013

bicara tanpa suara


Masih tertanya-tanya siapakah pemilik tulang rusukku ini... sekiranya suatu hari nanti aku jatuh cinta,
maka jatuhkanlah cintaku kepada insan yang melabuhkan cintanya kepadaMU ya ALLAH

ya ALLAH jika dia benar untukku,
tetapkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMU...

sesungguhnya yang halal itu indah...
kerana di situ adanya REDHA ALLAH...

pesanan buat adam...
jangan sesekali bergurau dengan hati seorang perempuan,
mungkin mereka nampak teguh,
namun hakikatnya hati mereka sangat mudah terusik...
jangan terlampau mudah menyentuh jika tidak berniat mahu memetik...

aku hanya ingin mencari cinta sejati yang boleh membawaku ke jalan ilahi,
aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah,
aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang Da'ie,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
aku ingin memberikan cintaku kepada yang halal buatku....

"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita padanya. dan khabarkanlah perkara ini kepada ALLAH, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"

Surah an-nahl ayat 1: sesuatu yang ditentukan oleh ALLAH pasti akan datang,maka janganlah kalian minta disegerakan... ALLAH sebaik-baik perancang... just follow the flow.