Tuesday 30 April 2013

Segaris Bahagia

Mencari sinar kebahagiaan 
aku… di sini tercari-cari 
ke sana-sini. 

Sesungguhnya sinar kebahagiaan itu 
dirampas dengan kejamnya 
dari genggamanku. 

Aku rindu akan gelak ketawa 
aku rindu saat kita bersama 
kini hilang di bawa 
badai masa. 

Andai saja aku dapat meminta 
Ya Allah, berilah aku peluang 
pulang ke detik lalu 
untukku catat 
setiap jasanya 
ke album kenangan. 

Sesungguhnya aku bukanlah 
seorang insan yang berpekerti 
kerana sering menyusahkan hatinya 
melukai hati 
dan mengalirkan air matanya. 

Mahu aku membalas jasanya 
Allah telah menitahkan takdir-Nya! 
Adakah kerana aku tidak bersyukur 
sesudah dipinjamkan hati terindah itu. 

Abah… maafkan anakmu 
engkau adalah pinjaman-Nya 
yang harus aku kembalikan!

No comments:

Post a Comment