Friday 27 February 2015

28 Februari 2015....
Hari ni genap 3 tahun abah pergi meninggalkan kami. ya mungkin 3 tahun tu da cukup lama, namun ianya seakan-akan baru semalam berlaku. Baru semalam rasanya ku kucup tangan abah, ku belai pipi abah yang terbaring lesu. Baru semalam rasanya ku tatap mata sayu abah yang memandang kami tanpa jemu. Ya baru semalam ku rasakan semua itu.

'Sabarlah Allah lebih sayangkan abah' Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. menasihati tak semudah orang yang mengalami. Mungkin agak perit, namun  kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalang. 

Terima kasih Allah, pinjaman abah buat kami walaupun seketika namun sangat bermakna. Semoga abah tenang di sana. Ya Allah jadikanlah kubur abahku seindah taman-taman syurga, dan jauhkanlah kubur abahku dari sejurang-jurang api neraka... Ameen, ameen Ya Allah...



Syurga di hati kami


Umi...
No matter what happens, we will always love you.

Umi...
salah satu panggilan yang
sentiasa memberi semangat buat kami

Umi...
Indahnya senyumanmu suatu ketika dulu.
seindah bunga-bunga yang mekar di taman.

Umi...
Kau berlian di hati kami,
relung hatimu begitu indah
hingga kami tak sanggup menggapai dalamnya.

Umi...
Derai air matamu menguntai sebuah harapan
di setiap doamu.

Umi...
Kami hanya mahu melihatmu bahagia,
kuat dan juga tabah.

Umi... 
Senyumlah, kami sentiasa di sisimu.

Saya sayang umi saya.. Love you soo much!