Tuesday 12 May 2015

Semalam, 11 Mei 2015...

Dapat berita kawan kepada kawan meninggal dunia, dengan erti kata lain teman rapat, teman menangis, teman gelak, teman untuk semuanya, teman yang sangat penting dalam hidupnnya..

Entah kenapa aku pun turut rasa sayu, malah turut menangis.. Yaa aku sedih, aku dapat rasakan bagaimana sakitnya kehilangan orang yang kita sayang, lebih-lebih lagi kehilangan yang tidak mungkin dapat jumpa di dunia ini lagi.

Malah aku turut bayangkan bagaimana andai suatu hari nanti aku kehilangan orang yang sentiasa bersama dengan aku, yang tidak pernah jemu layan karenah aku, yang setiap masa akan luangkan masanya untuk mendengar cerita aku, untuk dengar tangis aku, untuk kongsi tawa aku. Sejujurnya, aku takut..


Dia orang yang tak pernah tinggalkan aku, walau apa pun. Kau bukan saja sepupu, malah sahabat, abang yang paling baik kat dunia ni. Terima kasih untuk masa yang telah kau habiskan dengan aku, Andai nanti aku kehilangan kau, aku sangat berharap bukan dengan kematian, tapi dengan perpisahan yang aku masih dapat lihat kau kat dunia ni.

semoga kau sentiasa dalam perlindungan Allah, dan semoga dapat jodoh yang baik-baik... hehehehe 

Sunday 26 April 2015

Saham Akhirat

Ya Allah merdunya suara adik Lukman Nulhakim ni... Meremang bulu roma saat dengar suara adik ni, tak sangka, baru umur 10 tahun dapat membaca al-Quran dengan lancar.. menitis juga air mata bila dengar permintaan adik Lukman yang nak Ustaz Don doakan untuk arwah mak ayahnya..

Tabarokallah sucinya wajah adik nie..Percayalah, ibu dan ayahnya telah meninggalkan harta yang sangat-sangat bernilai, iaitu anak yang soleh. Saham akhirat yang tiada nilai...

Semoga Allah permudahkan segala urusan adik Lukman di dunia dan juga akhirat.. Maha suci Allah.



Al-Fatihah buat Nabi Muhammad, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, buat mak ayah kita, buat mak ayah adik Lukman dan juga sekalian yang ada disekeliling kita..


Sunday 5 April 2015

Happy Birthday

12.50 AM, 5 APRIL 2015...

Aaaaaaaaaaaaa terlambat, sepatutnya post 4 APRIL.... Aduhhhh.. hahaha, xpew, sama je, masih ada bau-bau lagi... hehehe, 

I wanna wish a very happy birthday to this guy. Awk bukan saja sepupu yang terbaik, malah abang, sahabat yang sangat-sangat memahami, sangat-sangat penyayang dan sangat-sangat baik. Thanks and sorry for every single things that might hurt you.

May Allah bless you always, and cepat-cepat dapat jodoh ye en. kapal...


Opsss, happy birthday gak untk diri sendiri...  agak pelik bila wish birthday orang di hari lahir kita,.. heheeh... So, now i'm officially 23... ^_^


Wednesday 1 April 2015

Mahar

Tetiba terfikir soal mahar... dah nak khawin kot aku ni.. hehehe

Mahar itu apabila sudah bertemu jodoh dan kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk dinikahkan, maka syaratnya adalah pihak lelaki hendaklah memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini itu diberikan mahar.

"Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar."

Mahar itu sebenarnya sesuatu yang berupa hadiah daripada suami kepada isteri sebagai penghargaan, dan mahar ini bukanlah semata-mata dari duit sahaja, malah boleh jadi dari barang-barang yang sememangnya ikhlas dari suami.

Sebagaimana ada sebuah hadis yang menceritakan, seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia sama ada dia berpuas hati dengan mahar yang hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dengan hanya sepasang kasut. Tapi berbeza dengan keadaan sekarang, mahar itu bagi tanggapan masyarakat sekarang adalah harga yang perlu diberi mengikut taraf seseorang perempuan. Andai wanita tersebut berkelulusan tinggi, maka maharnya lebih tinggi dari wanita-wanita yang tiada kelulusan. Perlu ke macam tu??

Aku tidak menyalahkan sesiapa, kerana ada antara ahli keluarga aku sendiri yang sangat mementingkan tinggi rendahnya mahar. Kalau diberinya mahar yang sedikit, bimbang menjadi bahan mulut orang, dan seharusnyalah mahar itu mengikut harga sekarang.. Errrr perlu ke??

Jika inginkan perkahwinan yang diberkati Allah, hendaklah kita permudahkan ia, ikutlah kemampuan pasangan kita dan jangan terlampau memaksa dalam menetapkan mahar. Sebab wanita itu bukan untuk dijual bagi menghalalkan sesebuah perkahwinan.




Monday 30 March 2015

Ujian : Nikmat Atau Musibah?

Mengapa begitu mudah kita menyalahkan ALLAH atas ujian yang DIA berikan?? Kenapa harus terlahir persoalan, kenapa harus aku?? Aku tak kuat untuk menanggung ujian ini?? Kenapa, kenapa dan kenapa?? itulah lah yang sering kita dengar atau pun kita sendiri yang melafazkannya.

DIA menguji kita dengan pelbagai cara, mungkin melalui kekayaan, kesenangan hidup, pangkat dan segalanya. Malah mungkin juga kita diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kejatuhan dan sebagainya.

Saat kita diuji, kita mengeluh, menyalahkan takdir, iri hati dengan orang yang kita rasakan hidupnya lebih indah dari kita. Namun sering kali kita lupa akan nikmat yang ALLAH berikan tak ternilai dengan apa pun. Nikmat ALLAH yang banyak kita tidak nampak malah ujian dari ALLAH yang sedikit itulah yang sering kita ungkitkan.

ALLAH tidak hadirkan ujian kepada hambanya melainkan DIA tahu bahawa kita mampu untuk menanganinya. Ujian dari ALLAH itu sebenarnya tanda DIA masih sayang pada kita, dan masih lagi peduli pada kita. DIA tidak mahu kita lalai, DIA rindu untuk mendengar rintihan kita memanggil nama NYA.

Bangkitlah kita semua, hadirkan perasaan malu untuk mengeluh dengan ujian yang tak seberapa, berbanding dengan sebesar-besar nikmat yang ALLAH pinjamkan buat kita selama ini.



Saturday 21 March 2015

Selamat Pengantin Baru

"Barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair"

Maksudnya : Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.  
  
 Ameen....
Alhamdulillah satu-satunya kakak yang aku ada dah pun melangkah ke hadapan, iaitu ke alam menjadi isteri orang... Selamat pengantin baru kak, selamat menjalani alam rumah tangga dengan penuh mawaddah, sakinah warahmah.

Semoga menjadi isteri yang solehah untuk suami dan juga anak yang solehah unuk umi dan abah..

InsyaAllah....

 









Saturday 7 March 2015

Ukhuwah Fillah

Mungkin sering kali kita dengar ayat 'Ukhuwah Fillah' di sebut apabila bersama kawan-kawan, saudara mara dan sebagainya. Namun di sebalik ayat tersebut, mungkin saja kita tidak tahu apa makna sebenarnya. Aku tidak menunding jari pada sesiapa, malah aku mengatakan pada diri aku sendiri yang sememangnya aku pun tak faham apa makna sebenar 'Ukhuwah Fillah' itu. Hehehehe...

'Ukhuwah Fillah' ialah apabila sahabat kita berada dalam kesusahan kita akan menolongnya, ketika sahabat kita mengalami masalah, kita akan menjadi pendengar yang setia untuknya.

Namun itulah yang sangat susah untuk kita lakukan, mungkin bagi kita masalah sahabat itu hanyalah masalah yang kecil dan langsung tidak memberi ruang untuk sahabat meluahkan apa yang terpendam di hatinya. Walaupun kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah mereka, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang baik. Itu dah lebih dari cukup.

Walau sesibuk apa pun kita, andai sahabat memerlukan kita, luangkan lah sedikit masa untuknya, sebab hidup ni tak selalunya berpihak pada kita, mungkin hari ni kita senang, dan tak mustahil esok-esok kita juga akan berada dalam kesusahan. Sangat mudah untuk kita menyatakan kita sibuk apabila mereka memerlukan kita, tapi percayalah kita pasti akan merasa macam mana sakitnya bila seseorang itu menyatakan dia sibuk di saat kita memerlukannya.

Jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat yang lain..

"UKHUWAH FILLAH"

'Seseorang di antara kalian (tidak dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri' (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)