Friday 15 March 2013

~Duhai Hati~

duhai hati bersabarlah....
bersabarlah dengan cubaan hidup di dunia ini..
bersabar dan bersabarlah
duhai hati...

namun tidak semudah itu untuk aku bersabar..
mampukah aku bersabar andai hatiku sering di guris?
mampukah aku bersabar tatkala rasa hatiku  sering di ketepikan?
& mampukah lagi aku bersabar untuk mengikut kehendak hatimu?

wahai teman, mengertilah, 
aku hanya insan biasa...
yang tak mungkin akan sentiasa mengikut kehendak hatimu...

diamku bukan bermaksud aku tunduk denganmu,
diamku bukan bermaksud aku takut padamu,
tapi diamku kerana aku sayangkan persahabat ini..
persahabatan yang baru saja terjalin..

namun, sabarku ini ada batasnya juga teman..
aku juga ada perasaan marah itu..
jangan kau uji lagi kesabaranku....

hatiku menangis keranamu teman...



Sunday 10 March 2013

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
pimpinlah aku menuju redhaNya
bukan membuka jalan untukku
melangkah ke neraka..

jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hatimu,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa,harta & kelebihanku
pandang lah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu,
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku..

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu
hentikanlah madah2 trindahmu untukku
sehingga saat halal itu berlaku..

jika kau pilih aku 
sebagai permaisuri hatimu,
aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
kepada yang menentukan,
aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah
agar kita akan menemukan insan yang tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara..

jika kau pilih aku
sebagai permaisuri hatimu,
ketahuilah,
tidak ku pinta kemewahan dunia,
tidak ku mahu kaya harta,
tapi aku minta,
jadikan aku suri y bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
berikan aku jaminan
untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya

jika kau pilih aku
dan jika ALLAH mengizinkan aku memilihmu,
ketahuilah ia,
aku akan memilihmu keranaNya.

saat itu ialah apabila aku tahu
kenapa kau memilih aku...

jawapannya ialah 'kau memilih aku kerana Dia'


Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya.  Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.

c&p