Tuesday 16 December 2014

Sebelum Kau Halal Untukku

Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan 

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin


c&p

Sunday 2 November 2014

2 November 2014

Aku tertanya-tanya,
Adakah aku ada terlanjur kata?
Atau mungkin aku telah menyakiti hatinya dalam diam?

Begitu jijik kah aku untuk kau pandang?
Begitu bencikah engkau padaku?
Atau mungkin buruk sangatkah aku pada kau?

Andai ada salahku,
mohon beribu ampun..

Andai ada rasa jijik di hatimu,
mohon kau hapuskan..

Andai ada bencimu,
mohon sucikan perasaan itu..

Andai perlu aku berundur diri,
akan ku hapuskan perasaan itu..

Serahkan hati pada pencipta,
seandainya disakiti dan dikhianati
yakinlah Allah akan selalu menjaganya..

tegurlah aku sebagaimana kau tegur teman-temanmu yang lain...


Saturday 11 October 2014

Diari seorang hamba Allah

Bismillahirahmanirahim...

Usai solat asar semalam, dalam doa, air jernih itu tiba-tiba gugur. Aku menangis kepada-Nya. Sebak. Aku terkenang setiap satu satu anugerah yang telah Allah berikan. Ya Allah, siapa aku hinggakan Allah melayan aku dengan begitu baik?? Aku malu ya Allah.


Disaat aku hampir rebah, Kau hadirkan insan yang bergelar sahabat untuk mendampingiku..

Disaat aku hilang semangat, Kau tiupkan kekuatan dalam diriku..
Disaat aku dilemparkan kata-kata keji Kau hadirkan sahabat-sahabat yang terus kekal berada di sampingku..

Aku memang insan yang lemah
yang sentiasa menangis untuk sesuatu yang tidak penting.
yang sentiasa menyusahkan orang-orang sekeliling aku.

Aku bersyukur ya Allah..

Kini segalanya telah kembali kepada yang asal, tiada lagi perselisihan pendapat antara aku dan mereka. Malah hubungan yang pernah renggan dulu kini semakin rapat dan masing-masing saling menghargai antara satu sama lain. Mudah-mudahan ianya akan terus kekal sampai akhirnya.

Ini hanyalah tarian jemariku yang hanya mampu menari-nari di papan yang seolah-olah bernyawa. Terima kasih Ya Allah..

Wednesday 8 October 2014

Doa dalam diam
tanda kita sayang,

walaupun,
dia tidak tahu tapi..

Allah, maha mengetahui..
Allah tahu kita masih masih sayang dia...

semoga dia berubah jadi macam dulu..
Sentuh hati kami,
bukan tubuh kami..

Curi ikhlas kami,
bukan curi iman kami..

Buatlah kami masuk syurga,
bukan humban kami ke neraka..

Friday 23 May 2014

Dari Hati

Hati?
Hanya mampu memendam...

Mulut?
Hanya mampu membisu...

Mata?
Hanya mampu menangis...

Kenapa?
Hanya itu sahaja yang mampu
aku lakukan... 

Tuesday 29 April 2014

Kasih sayang umi

umi...
Engkau satu dalam beribu
Engkau adalah nyawaku..

umi..
aku mohon ampun
kerana selama ini, 
aku sering
meragui kasih sayangmu..
aku sering pertikaikan
sejauh mana sayangmu padaku..

Tapi aku lupa satu perkara
aku berjaya sampai tahap ini
adalah keranamu..
kasih sayangmu tidak ternilai..

umi..
terima kasih..
dengan tanganmu itu,
kau pernah memandikankan aku
suatu ketika dahulu..

dengan tangan itu juga,
kau pernah menyuapkan makanan 
kedalam mulutku..

dan dengan tangan itu juga,
kau akan menyapu air mata 
yang mengalir dipipiku..

malah dengan tangan itu,
kau  sentiasa memelukku 
disaat aku kedinginan

Betapa besarnya kasih sayangmu
Maafkan aku umi...

#angah sayang umi sangat-sangat.

Saturday 19 April 2014

Aku mohon ampun

Andai saja kau tahu apa yang aku rasa...
Aku tak mampu nak luahkan secara berdepan.
kerana engkau bukan seperti orang lain...

Engkau satu dalam seribu..
Egonya engkau,
Angkuhnya engkau,
Sifat tamatnya engkau,
Sifat plastiknya engkau.

Aku penat untuk mengalah,
Aku penat untuk menurut,
Aku penat dengan semuanya.

Aku nak kau tahu,
kalau aku masih ada perasaan 
walaupun sedikit bendul 
*bak kata temanku

Jangan sampai aku lakukan benda yang sama
dengan apa yang kau lakukan..

Tapi,
terima kasih sbb kau seorang yang sangat baik..
aku mohon ampun
jika kau menjadi sedemikian disebabkan aku..

Aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan!

Thursday 3 April 2014

Seindah Sabarmu

Kamu,
adalah rahsia Allah buatku.

aku tidak tahu siapa kamu,
dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup.

aku tidak tahu dimana dan bagaimana
kita akan bertemu.

siapa pun kamu,
aku berdoa,

semoga kau menerimaku dengan seadanya.
mencintai aku seberapa lama yang mampu,

menjaga aku sebagaimana menjaga dirimu,
menyayangi aku seperti menyayangi ibu bapa kamu.

melaksanakan tanggungjawab 
seperti melaksanakan amanah Allah

InsyaAllah, aku akan hidup 
untuk mengisi kekurangan kamu
dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu

akan aku cuba..
dan dengan izin Allah..

Tuesday 25 March 2014

Hakikat sebuah rasa

Belajar tentang sesuatu yang baru...

berhentilah menunggu..
sebab... untuk apa tunggu sesuatu yang kita sendiri 
tak tahu apa yang kita tunggu..

ibarat menunggu kapal selam yang akan muncul di airport
ianya tak akan pernah muncul..

kebahagiaan bukanlah satu destinasi
tapi sebuah perjalanan..
dan untuk bahagia semuanya tak perlu sempurna
tapi, bagaimana kita bahagia melalui ketidaksempurnaan.

kita boleh pilih berapa ramai je kawan kita...
tapi kita hanya akan pilih seorang sahaja teman 
yang akan sentiasa bersama kita sampai bila-bila..

Wednesday 12 March 2014

Tarian Jemarimu

Sejujurnya aku sentiasa intai setiap tarian jemarimu..
aku sentiasa membaca catatanmu...
walaupun aku sukar untuk faham,
namun aku cuba juga untuk faham..

Nampak agak kelakar kn?
hehe...
tapi itulah kerjaku...

Dengan melihat apa sahaja tulisanmu,
aku rasa happy,
kadang2 aku agak keliru,
terfikir2, apa sebenarnya isi tulisanmu.
tapi aku tidak pernah jemu untuk terus membaca.

Hm memang kelakar,
tapi itulah aku..

So, aku doakan semoga Allah permudahkan segala urusanmu..

Wednesday 5 March 2014

Kisah Dongeng

'kenapa plak I nak curang, I kan da ad wife yang cantik macam u'

kadang-kadang kita tinggalkan orang yang kita sayang
bukan disebabkan kita tidak sayang padanya,
tapi kita bagi dia peluang untuk bahagia dengan orang
yang dia sayang.
mungkin kita bukan orang yang dia sayang,
atau mungkin kita tidak mampu untuk hadirkan
kebahagiaan dalam hidupnya.

'mungkin saya terlambat seminit hadir dalam hidup awk,
tapi itu tidak bermakna awk boleh tutup hati awk 
untuk saya. kalau dia yang sememangnya dah ada dalam hidup awk 
tapi langsung tak pandai nak hargai awk, knapa awk tak cuba bagi
saya peluang untuk menghargai n menerima awk seadanya?'

perlukah?
tak! TIDAK!

'kalau hati nie macam bola yang boleh ditendang-tendang,
tak perlu di minta, n tak perlu dirayu..
tendang je sesuka hati!'

pulangkan balik hati itu pada orangnya,
mohon jangan di tendang-tendang...

Friday 21 February 2014

Pesanan Dari Ibu

Anakku...
Memang ayah tidak mengandungkanmu,
tp, darahnya mengalir di darahmu..
Darinya kau diwarisi namanya,
kedermawanan dan kerendahan hati..

Memang ayah tidak melahirkanmu,
tp, suaranyalah yang pertama
menghantarkanmu pada Allah..

Memang ayah tidak menyusuimu,
tp, dari keringatnyalah setiap suapan
yang menjadi air susumu..

Ayah memang tidak menjagamu setiap saat,
tapi, tahukah kau dalam doanya
tidak pernah terlupa namamu disebut..

Tangisan ayah mungkin tidak pernah kau dengaar,
kerana dia ingin terlihat kuat
agar kau tidak risau untuk berlindung
di lengan dan dadanya..

Pelukan ayah mungkin tidak seerat ibu..
kerana, bimbangnya dia jika terpaksa melepaskanmu..

Ayah ingin kau menjadi kuat semangat,
agar andai kami tiada lagi
kau akan tabah menghadapi dugaan hidup..

Ibu hanya ingin kau tahu,
bahawa, cinta ayah kepadamu sama besarnya 
seperti cinta ibu..

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu..
maka hormati dan sayangilah ayahmu
kerana, ibu adalah pemilik tulang rusuknya..

Berbahagialah bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah...

-dipetik dari perkongsian seorang tamu Fanpage Dr Hj. Zahazan-

*Ya Allah jadikanlah kubur ayahku seindah taman-taman syurga, dan jauhkanlah kubur ayahku dari sejurang2 api neraka. Al-fatihah... Aamiin..