Friday 21 February 2014

Pesanan Dari Ibu

Anakku...
Memang ayah tidak mengandungkanmu,
tp, darahnya mengalir di darahmu..
Darinya kau diwarisi namanya,
kedermawanan dan kerendahan hati..

Memang ayah tidak melahirkanmu,
tp, suaranyalah yang pertama
menghantarkanmu pada Allah..

Memang ayah tidak menyusuimu,
tp, dari keringatnyalah setiap suapan
yang menjadi air susumu..

Ayah memang tidak menjagamu setiap saat,
tapi, tahukah kau dalam doanya
tidak pernah terlupa namamu disebut..

Tangisan ayah mungkin tidak pernah kau dengaar,
kerana dia ingin terlihat kuat
agar kau tidak risau untuk berlindung
di lengan dan dadanya..

Pelukan ayah mungkin tidak seerat ibu..
kerana, bimbangnya dia jika terpaksa melepaskanmu..

Ayah ingin kau menjadi kuat semangat,
agar andai kami tiada lagi
kau akan tabah menghadapi dugaan hidup..

Ibu hanya ingin kau tahu,
bahawa, cinta ayah kepadamu sama besarnya 
seperti cinta ibu..

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu..
maka hormati dan sayangilah ayahmu
kerana, ibu adalah pemilik tulang rusuknya..

Berbahagialah bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah...

-dipetik dari perkongsian seorang tamu Fanpage Dr Hj. Zahazan-

*Ya Allah jadikanlah kubur ayahku seindah taman-taman syurga, dan jauhkanlah kubur ayahku dari sejurang2 api neraka. Al-fatihah... Aamiin..