Tuesday 29 April 2014

Kasih sayang umi

umi...
Engkau satu dalam beribu
Engkau adalah nyawaku..

umi..
aku mohon ampun
kerana selama ini, 
aku sering
meragui kasih sayangmu..
aku sering pertikaikan
sejauh mana sayangmu padaku..

Tapi aku lupa satu perkara
aku berjaya sampai tahap ini
adalah keranamu..
kasih sayangmu tidak ternilai..

umi..
terima kasih..
dengan tanganmu itu,
kau pernah memandikankan aku
suatu ketika dahulu..

dengan tangan itu juga,
kau pernah menyuapkan makanan 
kedalam mulutku..

dan dengan tangan itu juga,
kau akan menyapu air mata 
yang mengalir dipipiku..

malah dengan tangan itu,
kau  sentiasa memelukku 
disaat aku kedinginan

Betapa besarnya kasih sayangmu
Maafkan aku umi...

#angah sayang umi sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment