Wednesday 1 April 2015

Mahar

Tetiba terfikir soal mahar... dah nak khawin kot aku ni.. hehehe

Mahar itu apabila sudah bertemu jodoh dan kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk dinikahkan, maka syaratnya adalah pihak lelaki hendaklah memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini itu diberikan mahar.

"Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar."

Mahar itu sebenarnya sesuatu yang berupa hadiah daripada suami kepada isteri sebagai penghargaan, dan mahar ini bukanlah semata-mata dari duit sahaja, malah boleh jadi dari barang-barang yang sememangnya ikhlas dari suami.

Sebagaimana ada sebuah hadis yang menceritakan, seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia sama ada dia berpuas hati dengan mahar yang hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Dengan hanya sepasang kasut. Tapi berbeza dengan keadaan sekarang, mahar itu bagi tanggapan masyarakat sekarang adalah harga yang perlu diberi mengikut taraf seseorang perempuan. Andai wanita tersebut berkelulusan tinggi, maka maharnya lebih tinggi dari wanita-wanita yang tiada kelulusan. Perlu ke macam tu??

Aku tidak menyalahkan sesiapa, kerana ada antara ahli keluarga aku sendiri yang sangat mementingkan tinggi rendahnya mahar. Kalau diberinya mahar yang sedikit, bimbang menjadi bahan mulut orang, dan seharusnyalah mahar itu mengikut harga sekarang.. Errrr perlu ke??

Jika inginkan perkahwinan yang diberkati Allah, hendaklah kita permudahkan ia, ikutlah kemampuan pasangan kita dan jangan terlampau memaksa dalam menetapkan mahar. Sebab wanita itu bukan untuk dijual bagi menghalalkan sesebuah perkahwinan.




No comments:

Post a Comment