Tuesday 31 December 2013

Mengertilah...

Pernahkah anda kaum adam tertanya-tanya mengapa perempuan boleh menangis hanya disebabkan seoarang lelaki?
Mungkin anda menganggap ini adalah perkara yang remeh untuk anda fikirkan.
Kerana memang lumrah, perempuan adalah orang yang sangat mudah untuk mengalirkan air mata.

Namun sedarlah seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudahnya hanya kerana seorang lelaki, tetapi bila dia ssudah mencintai anda, dia sudah mula merendahkan egonya.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
tataplah matanya
renung sedalam-dalamnya...
Apakah anda mampu merasai apa yang dia rasakan?
Apakah anda mampu selami hatinya?

Fikirkanlah...
Apa yang dia dapat dengan menangis di hadapan anda,
menangis kerana anda..

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia inginkan simpati anda.
Dia menangis..
kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk menanggung rasa itu
kerana dia sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum di dalam kepuraan..

Cubalah anda fikir
jika dia menangis kerana anda,
sudah tiba masanya untuk anda fikir di mana silapnya anda
dan hanya anda sahaja yang tahu jawapannya..

Fikirkanlah...
andai suatu hari nanti ianya mungkin sudah telambat untuk anda mengucapkan
'maafkan saya...'

Mengertilah..
Bila dia menangis, 
jangan pernah tinggalkannya keseorangan..
beradalah di sampingnya..
cuba faham apa yang dia rasa..
kerana disaat dia menangis, dia sangat-sangat memerlukan anda disisinya.

Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta bila anda belum benar-benar sedia untuk menjadikan dia yang halal untuk anda.. kerana anda hanya akan membuatkan dia menangis.. 

Fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment