Thursday 8 January 2015

Bukan Sahabat Terbaik


Mungkin aku bukanlah sahabat yang terbaik,
Aku sering melalaikan kau
Aku sering membuat kau rasa tersisih..

Mungkin selama ini aku hanya cari kau
bila aku perlu je...
bila aku ada masalah,
bila aku rasa kawan-kawan yang lain
tidak perlukan aku...

Tapi kau tak pernah menjauh dari aku,
kau sentiasa ada,
kau sentiasa mendengar luahan aku
dan kau tak pernah jemu mendengar...

Memang, aku bukanlah sahabat terbaik...
hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kau...

No comments:

Post a Comment